Archive | December, 2013

Buku Elektronik – Setiap Kanak-Kanak Adalah Anak Kita

10 Dec

Setiap Kanak-Kanak Adalah Anak Kita

Setiap Kanak-Kanak Adalah Anak Kita

Setiap Kanak-Kanak Adalah Anak Kita

Kemuncak keinsanan itu ialah dengan memelihara dan mengasihi anak-anak yang tiada berdaya, yang memerlukan kasih–sayang dan perlindungan.

Kita sebagai dewasa, pendidik, pemimpin dan ibu bapa bertanggungjawab memastikan itu berlaku kepada anak-anak yang merupakan aset paling berharga dan paling mudah terpedaya dengan berbagai elemen yang boleh mencemar sahsiah, keselamatan dan masa depan mereka.

Kedudukan dan kekuasaan yang ada pada kita wajarlah menjamin tiada eksploitasi, penderaan dan keganasan terhadap kanak-kanak, khususnya di negeri Selangor.

Turut diutamakan ialah bahawa usaha-usaha reaktif seperti di atas, perlu diselarikan bersama usaha-usaha preventif yang melibatkan kepekaan para profesional kesihatan, pegawai-pegawai kebajikan dan anggota masyarakat (seperti ketua kampung, guru-guru agama, dan guru-guru sekolah, para penyelia PWB juga dll.) tentang keadaan fisiologi, emosi, dan mental kanak-kanak agar dapat dijamin kesejahteraan mereka di mana dan pada bila-bila masa jua.

Ahli-Ahli yang Berhormat adalah juga diseru untuk mengambil berat isu dan kebajikan kanak-kanak.

Semuga setiap kanak-kanak akan merasai bahawa mereka mendapat yang serupa dari kita seperti ibu bapa yang mengasihi mereka.

Setiap Kanak-Kanak Itu Adalah Anak Kita. Every Child Is Our Child.

Yang Berhormat Rodziah Ismail

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan

Negeri Selangor

Exco Kerajaan Negeri Selangor