4 Jul

 

Dari FACEBOOK : Media Rodziah Ismail:

https://www.facebook.com/rodziah.ismail.96

media.rodziahismail@gmail.com

 

Ucapan Penggulungan Exco Kerajaan Negeri Selangor,

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor,

Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah Ismail

Sidang Dewan Negeri Selangor, 4 julai 2013

1.      Terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana telah menyentuh beberapa isu di bawah Jawatankuasa Tetap saya dan ada juga yang memberi cadangan dan memohon penjelasan.

Saya akan cuba menjawabnya satu persatu.

2.      Isu2 yang berkaitan wanita telah diutarakan oleh Yang Berhormat dari Meru, Taman Medan, Seri Serdang, Taman Templer dan Rawang membangkitkan beberapa persoalan dan cadangan.

3.      Cadangan-Cadangan dari Yang Berhormat Taman Medan:

  • Tentang Caruman Wanita Selangor
  • Selangor Day Care Centre (SDCC), dengan izin
  • Menyediakan kediaman ibu tunggal yang tiada tempat tinggal

Untuk makluman Tuan Timbalan Speaker dan Yang Berhormat taman Medan, Kerajaan Selangor telahpun memberikan komitmen memperuntukkan RM50 juta untuk tempoh 5 tahun dalam Tabung Pemberdayaan Wanita Selangor ke arah menyediakan prasarana baik bagi meningkatkan mutu kehidupan wanita, dalam jaminan kewangan dan keselamatan.

Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekelian akan saya teliti dan mohon saya diberikan sedikit masa untuk meneliti beberapa perkara, data dan faktor agar dapat dapat dilaksanakan khususnya Caruman Wanita Selangor yg pada asasnya dilihat sebagai suatu program yg begitu baik, yang mampu menyeleasikan masaalah jaminan kewangan dan keselamatan khususnya kepada wanita suri rumah agar dapat menangani kemungkinan mereka terpaksa terjebak di dalam masalah kemiskinan dan kebajikan bilamana berlakunya kematian suami atau mereka diceraikan atau suami mereka ditimpa musibah atau kemalangan dan ditimpa masalah kesihatan sehingga tidak dapat bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.

4.      Berkemungkinan besar, Caruman Wanita Selangor boleh dilaksanakan tetapi saya memerlukan sedikit masa untuk memberikan data dan faktor kejayaan yang penting selain dari dana peruntukan yang lebih khusus utk dilaksanakan.

5.      Bagi menjawab tentang isu yang dibangkitkan oleh Y.B. Taman Medan iaitu menubuhkan Selangor Day Care Centre (SDCC) yang berpusat  di setiap PBT seperti di Kompleks 3C di Subang Jaya, sebenarnya semenjak awal tahun ini, kerajaan Negeri Selangor telah terlebih dahulu mengambil pendekatan tidak berpusat bagi penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak Kerajaan negeri menggalakkan di bawah program pemberdayaan wanita, suri-suri rumah dan ibu tunggal, yang telahpun menceburkan diri dalam industri asuhan kanak-kanak ini diberi sedikit sokongan dana untuk latihan khusus dan beberapa juga program bantuan peralatan bantuan am kepada mereka.   Mereka juga dibantu untuk mendapatkan lesen khas yang dinamakan Sijil Pendaftaran Asuhan Kanak-Kanak Negeri Selangor supaya dengan adanya lesen ini mereka akan diiktiraf sebagai invididu yang layak untuk membuka pusat asuhan di rumah di mana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telahpun di bawah Akta Kanak-Kanak mengizinkan perkara ini berlaku agar mereka dapat memastikan kualiti penjagaan terpelihara dan sekaligus menambah pendapatan diri dan keluarga.

6.      Saya tidak menolak wujudnya SDCC itu sesuatu yang baik tetapi seeloknya diwujudkan lebih banyak lagi pusat-pusat jagaan yang tidak berbentuk institusi tetapi berbentuk di rumah kerana keperluan itu begitu mendesak, khususnya kepada warga-warga yang tinggal di kota yang perlu pergi bekerja.   Pusat-pusat atau institusi penjagaaan kanak-kanak yang baik tidak diperhatikan dan semasa perancangan pembangunan bandar.   Justru, menyebabkan banyak institusi atau taman-taman asuhan tidak mendapat lesen yang sewajarnya. Ada lebih 2000 permohonan tetapi yang mendapat lesen hanya 200 sahaja.   Adalah lebih baik untuk mengambil pendekatan yang menyediakan perkhidmatan penjagaan anak-anak dirumah dengan syarat wanita yang membuka pusat-pusat penjagaan anak di rumah ini mestilah dilesenkan dan dipantau pengurusan dan perlaksanaannya.

7.      Apabila telah dikenal pasti wanita-wanita yang telah memulakan pusat penjagaan kanak-kanak di rumah ini dan wujudnya Sijil Asuhan Kanak-Kanak Selangor latihan-latihan khusus diwajibkan terhadap wanita-wanita tersebut supaya mereka mendapat pengetahuan dan latihan bukan saja semata-mata menjaga anak-anak secara fizikal, tetapi juga memenuhi keperluan Akta dalam memeliharan hak kepada anak-anak,  memastikan terjaminnya kesihatan, pembelajaran dan semunya aspek pendidikan anak-anak diambilkira.   Dengan itu, kualiti penjagaan yang menyeluruh adalah ditekankan

Sebenarnya dalam membuka pusat-pusat penjagaan kanak-kanak ada dua kategori:

 

i.    Institusi, maknanya mereka mengambil kanak-kanak melebihi sembilan orang dan perlu berdaftar dan perlu ada premis yang tersendiri dalam mewujudkan taman-taman asuhan kanak-kanak tersebut.

ii.   Taman Asuhan Di Rumah atau Pusat Penjagaan Di Rumah yang membenarkan individu itu mengambil kanak-kanak tidak melebihi sembilan orang termasuk anak sendiri.

 

8.      Bilangan individu yang menjaga anak-anak di rumah adalah banyak, tetapi ramai individu yang menjaga anak-anak di rumah adalah tidak didaftarkan.   Kini pusat penjagaan di rumah ini mula mengambil pendekatan didaftarkan dan mereka akan menerima latihan sehingga akhirnya kualiti dan hak kanak-kanak dipelihara.   Pusat asuhan kanak-kanak di rumah tidak perlu lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan, hanya perlu lesen dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kita ambil maklum tentang Pusat Penjagaan berpusat tetapi lebih yakin pendekatan tidak berpusat ini wajar kembang dan kukuhkan dan ia akan memberikan impak yang lebih besar kepada masyarakat, khususnya kepada mereka yang duduk di perumahan di bandar-bandar.

9.      Taman Templer mencadangkan isu Ibu Tunggal itu ditukar kepada Ibu Berdikari.

Saya ingin mengatakan bahawa selain istilah Ibu Berdikari ada yang mencadangkan istilah Ibu Berdaya, Ibu Kesunyian, Ibu Bersendirian, semuanyapun ada tetapi saya ingin menyatakan bahawa buat masa ini kerajaan negeri tidak akan menggunapakai istilah baru kerana bagi kita istilah Ibu Tunggal ini adalah istilah nasional dan boleh memberi impak tertentu.   Apa yang perlu diingati ialah bahawa janganlah kita melihat isu Ibu Tunggal ini isu kesedihan semata-mata.   Istilah itu tidak menjadi masalah tetapi persepsi kita yang menerimanya dalam perlaksanaan yang ada.

10.     Taman Medan mencadangkan untuk menyediakan rumah-rumah untuk ibu tunggal.   Sayapun telah memperhatikan perkara ini sejak awal lagi dan sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu dilasanakan bagi menangani masalah ibu tunggal yang tidak mempunyai kediaman yang sempurna dan selesa.

         i.  Di bawah Zakat Selangor telah membantu kes-kes ibu tunggal yang mempunyai rumah  tetapi tertangguh bayaran bank yang tidak dapat mereka penuhi; Zakat Selangor sudah ada program khas membantu bagaimana membayar bayaran bulanan tersebut.

ii.   Tapak tanah.   Jika ibu-ibu tunggal mempunyai tapak tanah, Kerajaan Selangor menyediakan rumah-rumah prihatin dan bagi mereka yang tidak punya aset lagi, saya telahpun berbincang dengan Exco Perumahan supaya dibenarkan membina rumah murah di bawah PPR dan perlu ada pendekatan khusus di bawah Exco perumahan untuk diberikan rumah khas kepada ibu-ibu tunggal dalam database kita yang memang mereka sangat memerlukan bantuan tersebut.

11.     Seterusnya Yang berhormat Rawang mencadangkan adanya insentif untuk syarikat yang menyediakan nurseri, tetapi kerajaan Selangor tidak bercadang untuk memberi insentif tetapi menegaskan bahawa setiap syarikat itu perlu selaras dengan dasar kerajaan Negeri dan menujukkan komitmen mereka dalam CSR (corporate social responsibility) untuk melaksanakan sistem sokongan berbentuk nurseri (taman asuhan kanak-kanak) dan tadika di tempat mereka masing-masing.

12.     Cadangan untuk menyediakan Tabung Equality Fund(Tabung Kesaksamaan Gender).   Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk menubuhkannya walaupun dalam kes-kes seperti Noorfadilla itu mendesak tetapi Kerajaan Selangor telah mengambil pendekatan dalam Pelan Tindakan Wanita Selangor 2013-2014 supaya menyediakan gender focal points ataupun tempat tumpuan gender di setiap jabatan agar kepentingan gender itu dapat difahami.   Saya akan mengedarkan buku ini (Ada Apa Dengan Gender) kepada ADUN-ADUN baru supaya mereka dapat memahami apakah program-program di bawah gender equality ini.

13.     Isu berkaitan rumah urut. Pemerdagangan manusia/

human trafficking

Walaupun bukan di bawah portfolio saya dan isu yang diterbitkan adalah mengenai penguatkuasaan premis, tetapi saya ingin mengetengahkannya.

Saya ingin mengatakan supaya isu ini dilihat bukan hanya dalam aspek penguatkuasaan semata-mata tetapi kita juga perlu serius dalam melihat isu ini sebagai isu pemerdagangan manusia ataupun orang. Selalunya dilaporkankan bila berlakunya sesuatu serbuan premis itu, yang dilihat hanya penguatkuasaan semata-mata tetapi persoalan asasnya ialah berlakunya pemerdagangan orang dan dengan sebab itu perkara ini tidak ditangani.   Dengan itu saya menyeru di dalam Dewan ini Kerajaan Persekutuan mengiktiraf MAPMAS (Majlis Antipemerdagangan Manusia Negeri Selangor).   MAPMAS adalah satu-satunya majlis negeri yang telah ditubuhkan di Malaysia.   Dengan pengiktirafan itu, bolehlah MAPMAS mengakses kes-kes yang telah berlaku.

Isu kebajikan dari Y.B. Rawang, mencadangkan penubuhan jawatankuasa teknikal mengani accessibility.   Perancangan adalah di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Kebajikan, walaupun penguatkuasaan dan auditnya adalah di PBT. Jawatankuasa Teknikal tersebut telah ditubuhkan pada bulan Jun 2009.

Audit tersebut ada laporannya.   Masih banyak lagi PBT yang belum melaksanakan kemudahan untuk OKU di kawasan-kawasan mereka dengan sempurna tetapi konsep perlaksanaan telahpun dihayati dan Jawatankuasa Teknikal tersbut diletakkan di bawah Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Bangunan.

14.     Akhir sekali kepada pihak pembangkang (BN), isu tentang janji dan manifesto yang tidak ditepati jangan ditimbulkan lagi kerana semua saman-saman yang telah dibuat terhadap kerajaan Selangor telahpun dibatalkan ataupun ditarik balik oleh plaintif.   Saman-saman yang tidak sewajarnya ini telah mengambil duit rakyat, dari wang cukai rakyat.   Yang mana RM75 ribu telah dibelanjakan untuk yuran peguam. Alangkah baiknya jika RM75ribu itu diberi kepada ibu-ibu tunggal ini.

Oleh itu, janganlah lagi ada pihak yang menimbulkan isu-isu yang sama lagi kerana kes telah dibatalkan dan yang menyamanpun telah menarik balik kes-kes(mereka).

Janganlah mempolitikkan isu-isu yang tidak sewajarnya lebih-lebih lagi dalam Dewan yang mulia ini.

Sekian penggulungan saya, Tuan Timbalan Yang DiPertua.

 

Roziah Ismail

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: