Selangor buktikan misi pemberdayaan wanita berjaya – Rodziah

1 Jun

Kenyataan Media

Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat,

YB Rodziah Ismail,

Merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor

(Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor) &

ADUN Batu Tiga, Selangor

1 Jun 2013

Misi Pemberdayaan Wanita Malaysia

terpancar dalam Barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor 2013-2018

100% peruntukan anggota EXCO Kerajaan Negeri Selangor dari Parti Keadilan Rakyat adalah wanita; saya, Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi.   Ia bukanlah merupakan suatu kebetulan atau tanpa sebarang pertimbangan dan perancangan awalan yang wajar untuk  menyerlahkan komposisi wanita dalam barisan EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Agenda Pemberdayaan Wanita telah diutarakan dan diterima dalam Kongres Wanita Nasional Parti Keadilan Rakyat pada 25 Mei 2007.   Dasar itu diterjemahkan sebaik Pakatan Rakyat, yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat, mengambilalih pentadbiran negeri Selangor dengan 40% daripada barisan EXCO dan Timbalan Speaker adalah wanita pada tahun 2008.

Parti Keadilan Rakyat adalah parti pertama di Malaysia yg meletakkan peraturan minimum 30% wanita dalam kedudukan kepimpinan di semua peringkat parti dalam Kongres Khasnya pada 13 Jun 2009.

Misi pemberdayaan wanita Malaysia diteruskan menerusi mekanisme/model yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor, antaranya ialah Pusat Wanita Berdaya (PWB), di mana pemberdayaan dalam bidang politik dan pembuatan keputusan menjadi antara agenda utamanya.

Beberapa usaha termasuk memberi laluan kepada wanita menduduki posisi dalam barisan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan ketua kampung menjadi sebahagian dari persediaan untuk wanita dalam kedudukan pembuatan keputusan yang lebih tinggi.

Selain kriteria merit, laluan diberi juga di atas dasar memenuhi kuota walaupun individu wanita terpilih tidak pernah sebelum ini memegang jawatan yang ditawarkan.   Ia adalah medan latihan yang paling praktikal dan ampuh dalam membina ilmu dan kemahiran dalam proses-proses membuat keputusan yang melibatkan bukan saja kemahiran berinteraksi dengan masyarakat tetapi juga pengetahuan mengenai sistem pentadbiran di berbagai peringkat dalam pentadbiran negeri, peraturan dan undang-undang serta dokumentasi yang sempurna.   Seorang bekas Ahli Majlis dan Ketua Kampung wanita serta bekas penyelaras PWB telah dicalonkan dan menang dalam PRU-13.   Selain itu, Selangor juga mempunyai seorang YDP wanita dan Dato’ Bandar wanita pertama di Malaysia untuk menerajui Pihak Berkuasa Tempatan.

Wanita Parti Keadilan Rakyat telah membuktikan komitmen dan kesungguhan yang berterusan dalam menjayakan misi pemberdayaan wanita Malaysia dalam bidang legislatif, politik dan pembuatan keputusan.   Ia telah mencalonkan tigapuluh calon wanita dalam PRU-13 lalu; sebelas untuk kerusi Parlimen dan sembilanbelas kerusi Dun, peningkatan 25% berbanding bilangan 24 dalam PRU-12 2008.

Bagi penggal kedua Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, Exco Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor tetap diterajui oleh Exco dari Parti Keadilan Rakyat. Dengan kerjasama erat rakan-rakan Exco yang lain, ia tentunya memberi kesinambungan yang mantap bagi memastikan misi pemberdayaan wanita diberi lonjakkan yang sewajarnya ke arah meningkatkan kedudukan dan kualiti hidup wanita, khususnya di negeri Selangor.

Saya dan rakan-rakan sepasukan mengucapkan terimakasih di atas kepercayaan ini, ia adalah hadiah kepada wanita Malaysia kerana amalan hormat wanita benar-benar dapat di lihat dalam kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor.

Wanita berdaya Negera Sejahtera.

Rodziah Ismail

 

Untuk sebarang pertanyaan di atas, sila hubungi: pusatmediawanitaselangor@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: