HEBAHAN IKLAN TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI SESI PERTAMA TAHUN 2014

4 Feb

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) akan membuka permohonan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ bagi Sesi Pertama Tahun 2014 mulai 1 Februari 2014 (Sabtu). Pinjaman ini dibuka kepada pemohon bagi mengikuti pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa. Permohonan adalah secara atas talian / online sahaja. Terdapat Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan, Senarai Lampiran Dokumen Permohonan, Prosedur Permohonan, Tawaran Peringkat Pengajian, Kadar Pinjaman yang Ditawarkan, dan Panduan Mengisi Borang.

Untuk maklumat lanjut,
sila layari :
http://tkwbns.selangor.gov.my

dan untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila hubungi :
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 – 5521 2275

Nota : Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Februari 2014 (Jumaat).

https://www.facebook.com/rodziah.ismail.96

Buku Elektronik – Setiap Kanak-Kanak Adalah Anak Kita

10 Dec

Setiap Kanak-Kanak Adalah Anak Kita

Setiap Kanak-Kanak Adalah Anak Kita

Setiap Kanak-Kanak Adalah Anak Kita

Kemuncak keinsanan itu ialah dengan memelihara dan mengasihi anak-anak yang tiada berdaya, yang memerlukan kasih–sayang dan perlindungan.

Kita sebagai dewasa, pendidik, pemimpin dan ibu bapa bertanggungjawab memastikan itu berlaku kepada anak-anak yang merupakan aset paling berharga dan paling mudah terpedaya dengan berbagai elemen yang boleh mencemar sahsiah, keselamatan dan masa depan mereka.

Kedudukan dan kekuasaan yang ada pada kita wajarlah menjamin tiada eksploitasi, penderaan dan keganasan terhadap kanak-kanak, khususnya di negeri Selangor.

Turut diutamakan ialah bahawa usaha-usaha reaktif seperti di atas, perlu diselarikan bersama usaha-usaha preventif yang melibatkan kepekaan para profesional kesihatan, pegawai-pegawai kebajikan dan anggota masyarakat (seperti ketua kampung, guru-guru agama, dan guru-guru sekolah, para penyelia PWB juga dll.) tentang keadaan fisiologi, emosi, dan mental kanak-kanak agar dapat dijamin kesejahteraan mereka di mana dan pada bila-bila masa jua.

Ahli-Ahli yang Berhormat adalah juga diseru untuk mengambil berat isu dan kebajikan kanak-kanak.

Semuga setiap kanak-kanak akan merasai bahawa mereka mendapat yang serupa dari kita seperti ibu bapa yang mengasihi mereka.

Setiap Kanak-Kanak Itu Adalah Anak Kita. Every Child Is Our Child.

Yang Berhormat Rodziah Ismail

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan

Negeri Selangor

Exco Kerajaan Negeri Selangor

Undangan ke Sambutan Hari Raya Ei’dulfitr 24 Ogos 2013

21 Aug

Jalan-jalan di Pulau Hakimi,
Singgah sebentar memetik selasih,
Diundang semua ke majlis kami,
Memupuk, mengerat ikatan kasih.

Selamat Hari Raya Ei’dul Fitr 1434H

 

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad & ADUN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad &
ADUN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail

16 Aug

Kenyataan Media

Pengerusi

Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor

EXCO Kerajaan Negeri Selangor,

Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail

Usaha selari advokasi gender (yang melibatkan juga usaha memahami sensitiviti maskuliniti dan kelelakian, masculinity and manhood), perlindungan dan pendakwaan  juga akan diberi tumpuan bagi menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap wanita.

Usaha selari advokasi gender (yang melibatkan juga usaha memahami sensitiviti maskuliniti dan kelelakian, masculinity and manhood), perlindungan dan pendakwaan juga akan diberi tumpuan bagi menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap wanita.

16 Ogos 2013 

Lelaki Prihatin Boleh Hapuskan Keganasan Terhadap Wanita

Lelaki yang bertanggungjawab dan peka tentang hak wanita dan undang-undang telah banyak membantu wanita, anugerah Tuhan yang istimewa, mendapat pembelaan dan keadilan dalam keadaan mereka dicerca, didiskriminasi, didera dan diganasi secara mental, fizikal, emosi dan seksual.   Sejarah tamadun manusia telah membuktikannya.

Kes video yang mempamerkan wanita dipukul semahunya oleh suami  menjadi isu hangat kini. Video yang telah disebarluaskan melalui media sosial oleh anggota keluarga lelaki mangsa adalah contoh terbaik yang menunjukkan rasa tanggungjawab para lelaki yang peka dan prihatin, bagi memastikan wanita-wanita di bawah perlindungan mereka mendapat keadilan dan sama sekali tidak diperlakukan sewenangnya oleh lelaki yang telah  kehilangan pedoman dan sengaja ingin mencedera dan merosakkan kehidupan wanita. Lebih malang, lagi lelaki itulah yang telah diamanahkan melindungi wanita tersebut tetapi telah  berbuat sebaliknya.

Video yang menjadi viral itu telah mendapat reaksi dari pihak berkuasa seperti yang diharapkan.

Pengajaran dalam kehidupan yang dibentuk oleh kepercayaan bahawa insan itu dicipta oleh Allah Yang Maha Esa menjelaskan bahawa walau apapun kesalahan isteri itu, beliau tidak patut diganasi dan disakiti dengan apa cara sekalipun, sementelahan pula jika tiada apa kesalahan yang telah dilakukan.

Apakah solusi kepada gejala sosial sedemikian dalam masyarakat kini, yang sedang meningkat dan boleh menjadi kelaziman?

Ia bukan soalan yang mudah dijawab, tetapi tidak pula mustahil dijawab dan dilaksanakan sebaik mungkin.   Kesungguhan melaksanakannya sebahagian besarnya terletak kepada kuasa yang mampu menggerakkan segala jentera dan anggota yang beramanah untuk melaksanakannya. Kerajaan persekutuan didesak supaya menghentikan sebarang diskriminasi dalam memaksimakan penggemblengan anggota penguatkuasaan undang-undang bagi menangani segala bentuk keganasan terhadap insan khususnya wanita di negeri Selangor.

Sementara menunggu keputusan dan tindakan kerajaan persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor telah merancang untuk menggerakkan polis komuniti dan meletakkan alat pengawasan (CCTV) sebagai langkah memelihara keselamatan rakyat di kawasan-kawasan yang releven.   Disamping itu kerajaan Negeri Selangor juga akan memperhebatkan advokasi (RM500 ribu telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut) mengenai Pusat Krisis Sehenti (OSCC) dan mempertingkatkan perkhidmatannya untuk mangsa keganasan  serta menambah pusat-pusat perlindungan dengan kerjasama LPHS.   Usaha selari advokasi gender (yang melibatkan juga usaha memahami sensitiviti maskuliniti dan kelelakian, masculinity and manhood), perlindungan dan pendakwaan  juga akan diberi tumpuan bagi menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap wanita.   Kerajaan Selangor sedang berusaha memulakan kempen Lelaki Menentang Keganasan terhadap Wanita (Men Anti-Violence Against Women).

Wajarnya isu keganasan terhadap wanita ini tidak perlu disensasikan  bagi mendapatkan keadilan dan reaksi tepat para penguatkuasa.   Setiap laporan sepatutnya memadai sebagai  asas tindakan penguatkuasaan.

Kerajaan Negeri Selangor ingin melakukan semaksima mungkin usaha-usaha pencegahan, perlindungan dan pendakwaan bagi menangani jenayah keganasan terhadap wanita.   Ia memerlukan kerjasama erat kerajaan persekutuan secara tersusun dan sistematik (Kenyataan Media saya bertarikh 26 Julai 2012 adalah dirujuk).   Kelekehan dan kegagalannya akan meletakkan rakyat, khususnya wanita dalam keadaan tertekan dan tidak selamat.

 

Rodziah Ismail

Merangkap ADUN Batu Tiga

Timbalan Ketua Wanita Pusat

dan Ketua Wanita Selangor

Parti Keadilan Rakyat

_______________________________________________________________________________

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi:
Media Rodziah Ismail, Tel.03-55447622, emel: media.rodziahismail@gmail.com

Kembali kepada Fitrah Insan, Selamat Menyambut Hari Raya Ei’dul Fitr 1434H/2013M

6 Aug

Selamat Hari Raya Ei'dulfitr

Perutusan Hari Raya Ei’dulfitr 1434H/2013M

Pengerusi

Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor

EXCO Kerajaan Negeri Selangor,

Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail

 

5 Ogos 2013 

Kerajaan dan Rakyat Saling Melengkapi

Usaha dan Amanah Mensejahtera Rakyat

Amatlah buruk padahnya jika tiada mawaddah dan rahmah (belas kasihan dan kasih sayang) di kalangan rakyat dan kerajaan yang memimpin mereka.   Kemuncaknya adalah anarki seperti yang sedang berlaku di beberapa negara di dunia; keadaan tidak terkawal dan manusia saling mencederakan dan berbunuh sesama sendiri.

Kekontangan mawaddah dan rahmah itu boleh juga diperhatikan daripada bencana-bencana yang berlaku hasil kecuaian yang disengajakan oleh tangan-tangan manusia durjana – bangunan runtuh, tanah runtuh, banjir-banjir kilat di merata-rata tempat sekoyong-koyong tiba hujan lebat, jenayah berat yang berleluasa, pemerdagangan manusia tanpa halangan, korupsi yang menjadi budaya, kekayaan negara yang tiada diketahui bagaimana ia disalur dan dibelanjakan, yang lemah tiada tempat mengadu dan tiada mendapat keadilan serta seribu satu macam lagi insiden – kesemuanya membuatkan insan berasa tidak selamat dan aman, kerana golongan durjana itu yang berasa selamat dan aman melaksanakan segala bentuk kedurjanaan dan tiada siapa yang akan mengganggu-gugat mereka.

Apakah jalan terbaik untuk memenuhi fitrah insan – itulah roh dan intipati sambutan Hari Raya Ei’dulfitr yang disambut saban tahun oleh umat Islam dan diketahui umum oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama? Eidulfitr ialah Hari Fitrah.

Fitrah insan merangkumi jasad, spiritual, mental, emosi dan unsur-unsur lain yang melengkapkan insan untuk berupaya mengembangkan potensinya sebagai insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negaranya, bahkan kepada umat manusia seluruhnya.

Maka rakyat dan kerajaan perlulah kembali kepada fitrah kejadian dan kewujudannya untuk memelihara kesejahteraan fitrah insan dan memenuhi keperluannya.   Segala gerakan, perancangan dan pengurusan kekayaan perlulah menggerakkan rakyat dan kerajaan untuk memenuhi keperluan insan – yang ada hak dan tanggungjawabnya.

Semoga Allah swt meredai keduanya, rakyat dan kerajaan, yang saling nasihat-menasihati untuk tidak berbuat kedurjanaan, saling doa-mendoakan yang terbaik dan merealiti pelan-pelan yang didokumentasikan kemas, agar fitrah insan itu boleh menghasilkan yang terbaik untuk manusia sejagat.

Kembali kepada Fitrah Insan,

Selamat Menyambut Hari Raya Ei’dul Fitr 1434H/2013M

 

Rodziah Ismail

Merangkap Timbalan Ketua Wanita Pusat dan Ketua Wanita Selangor

Parti Keadilan Rakyat

—————————————————————————————————————–

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi:
Media Rodziah Ismail, Tel.03-55447622, emel: media.rodziahismail@gmail.com

Keluarga Pendapatan Bawah RM 3,000 Boleh Terima Skim MES

26 Jul

 

rodziah-bubur-lambuk-dengkil-01

DENGKIL, 25 JULAI: Keluarga yang berpendapatan RM 3,000 dan bawah akan mula menikmati skim-skim di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti bantuan yuran taska, tadika dan hadiah anak masuk universiti.

 

Dasar memperluaskan kelayakan menerima bantuan MES ini bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dari kemakmuran ekonomi Selangor, kata Exco Kebajikan, Rodziah Ismail.

 

Sebelum ini, kebanyakkan program MES hanya untuk keluarga yang pendapatan isi rumahnya RM 1,500 dan ke bawah.

 

“Sekarang kita sedang melihat untuk membantu golongan menengah rendah pula. Kita naikkan sedikit tumpuan kita kepada mereka yang berpendapatan RM 3,000 ke bawah pula.

 

“Maknanya, kita tengok satu lapisan masyarakat lagi bagaimana kita nak bantu supaya akhirnya kita tengok pendapatan rakyat Selangor melebihi RM 1,500.

 

“Sekarang kita sedang kaji semula beberapa polisi, contohnya macam hadiah IPTA, kalau dahulu hadiah IPTA kita bagi kepada yang berpendapatan RM 1,500 ke bawah, sekarang kita meletakkan supaya RM 3,000 ke bawah juga layak dapat.

 

“Juga dengan skim Si KEMBAR, TUNAS juga kita akan berikan sasaran RM 2,500 ke bawah, ada yang RM 3,000 ke bawah lihat kepada keperluan keluarga.”

 

rodziah bubur lambuk dengkil 02Demikian kata Rodziah ketika ditemui dalam Program Jejak Amal Ramadhan Bersama Exco Kebajikan Negeri Selangor di Kampung Bukit Changgang di sini petang semalam.

 

Selepas berjaya mentadbir Selangor selepas Pilihanraya Umum ke 12 lalu, Kerajaan PR Selangor mula memperkenalkan pelbagai skim di bawah agenda MES yang kini mempunyai sebanyak 16 skim.

 

Antara skim bantuan yang diperkenalkan  termasuklah Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR), Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Air Percuma dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

 

Sementara itu, dalam program semalam, sebanyak 500 bungkus bubur lambuk dan kurma diagihkan kepada pengunjung Bazar Ramadhan Kampung Bukit Changgang.

 

http://www.selangorku.com/?p=31996

 

Selangor negeri pertama 30% ahli majlis wanita

26 Jul

 

Harakahdaily, 26 Jul 2013

 

KUALA LUMPUR: Menyusuli pelaksanaannya di peringkat Exco selama dua penggal berturut-turut, ketetapan terkini Kerajaan Selangor pula mensyaratkan setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus ahli majlis di kalangan wanita untuk penggal akan datang.

“Ia merupakan salah satu kriteria yang diperlukan pada pemilihan ahli majlis PBT yang akan bermula pada 1 Januari 2014,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Rodziah Ismail.

Katanya, ketetapan yang diangkat dari Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pemilihan Ahli Majlis itu telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 24 Julai lalu.

Beliau berkata, tentunya dasar itu menjadi petanda yang utuh bagi memastikan kecemerlangan dalam penggemblengan sumber manusia yang bertebaran di bumi Selangor.

Katanya, kehadiran suara wanita yang berkelayakan akan menambah kegemilangan Selangor untuk mencapai visi menjadikan Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.

Beliau menambah, wanita dan lelaki yang penuh bersemangat (passionate), berdedikasi, komitted dan istiqamah dalam hasrat supaya rakyat sentiasa sejahtera, adalah pasangan yang mantap dan menjadi kesayangan rakyat serta tempat rakyat meletakkan sepenuh harapan.

“Wanita Selangor yang layak kini tiada alasan untuk maju ke hadapan dalam mengisi ruang kepimpinan sebagai ahli majlis di pihak berkuasa tempatan,” ujarnya yang juga Adun Batu Tiga.

Rodziah berkata, proses pemilihan wajarlah berasaskan kelayakan, yang meliputi pengetahuan dalam bidang pentadbiran, undang-undang yang berkaitan, pengolahan bajet dan isu-isu berkaitan rakyat.

 

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21022-selangor-negeri-pertama-30-ahli-majlis-wanita-