Tag Archives: Women

Undangan ke Sambutan Hari Raya Ei’dulfitr 24 Ogos 2013

21 Aug

Jalan-jalan di Pulau Hakimi,
Singgah sebentar memetik selasih,
Diundang semua ke majlis kami,
Memupuk, mengerat ikatan kasih.

Selamat Hari Raya Ei’dul Fitr 1434H

 

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad & ADUN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad &
ADUN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail

16 Aug

Kenyataan Media

Pengerusi

Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor

EXCO Kerajaan Negeri Selangor,

Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail

Usaha selari advokasi gender (yang melibatkan juga usaha memahami sensitiviti maskuliniti dan kelelakian, masculinity and manhood), perlindungan dan pendakwaan  juga akan diberi tumpuan bagi menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap wanita.

Usaha selari advokasi gender (yang melibatkan juga usaha memahami sensitiviti maskuliniti dan kelelakian, masculinity and manhood), perlindungan dan pendakwaan juga akan diberi tumpuan bagi menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap wanita.

16 Ogos 2013 

Lelaki Prihatin Boleh Hapuskan Keganasan Terhadap Wanita

Lelaki yang bertanggungjawab dan peka tentang hak wanita dan undang-undang telah banyak membantu wanita, anugerah Tuhan yang istimewa, mendapat pembelaan dan keadilan dalam keadaan mereka dicerca, didiskriminasi, didera dan diganasi secara mental, fizikal, emosi dan seksual.   Sejarah tamadun manusia telah membuktikannya.

Kes video yang mempamerkan wanita dipukul semahunya oleh suami  menjadi isu hangat kini. Video yang telah disebarluaskan melalui media sosial oleh anggota keluarga lelaki mangsa adalah contoh terbaik yang menunjukkan rasa tanggungjawab para lelaki yang peka dan prihatin, bagi memastikan wanita-wanita di bawah perlindungan mereka mendapat keadilan dan sama sekali tidak diperlakukan sewenangnya oleh lelaki yang telah  kehilangan pedoman dan sengaja ingin mencedera dan merosakkan kehidupan wanita. Lebih malang, lagi lelaki itulah yang telah diamanahkan melindungi wanita tersebut tetapi telah  berbuat sebaliknya.

Video yang menjadi viral itu telah mendapat reaksi dari pihak berkuasa seperti yang diharapkan.

Pengajaran dalam kehidupan yang dibentuk oleh kepercayaan bahawa insan itu dicipta oleh Allah Yang Maha Esa menjelaskan bahawa walau apapun kesalahan isteri itu, beliau tidak patut diganasi dan disakiti dengan apa cara sekalipun, sementelahan pula jika tiada apa kesalahan yang telah dilakukan.

Apakah solusi kepada gejala sosial sedemikian dalam masyarakat kini, yang sedang meningkat dan boleh menjadi kelaziman?

Ia bukan soalan yang mudah dijawab, tetapi tidak pula mustahil dijawab dan dilaksanakan sebaik mungkin.   Kesungguhan melaksanakannya sebahagian besarnya terletak kepada kuasa yang mampu menggerakkan segala jentera dan anggota yang beramanah untuk melaksanakannya. Kerajaan persekutuan didesak supaya menghentikan sebarang diskriminasi dalam memaksimakan penggemblengan anggota penguatkuasaan undang-undang bagi menangani segala bentuk keganasan terhadap insan khususnya wanita di negeri Selangor.

Sementara menunggu keputusan dan tindakan kerajaan persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor telah merancang untuk menggerakkan polis komuniti dan meletakkan alat pengawasan (CCTV) sebagai langkah memelihara keselamatan rakyat di kawasan-kawasan yang releven.   Disamping itu kerajaan Negeri Selangor juga akan memperhebatkan advokasi (RM500 ribu telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut) mengenai Pusat Krisis Sehenti (OSCC) dan mempertingkatkan perkhidmatannya untuk mangsa keganasan  serta menambah pusat-pusat perlindungan dengan kerjasama LPHS.   Usaha selari advokasi gender (yang melibatkan juga usaha memahami sensitiviti maskuliniti dan kelelakian, masculinity and manhood), perlindungan dan pendakwaan  juga akan diberi tumpuan bagi menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap wanita.   Kerajaan Selangor sedang berusaha memulakan kempen Lelaki Menentang Keganasan terhadap Wanita (Men Anti-Violence Against Women).

Wajarnya isu keganasan terhadap wanita ini tidak perlu disensasikan  bagi mendapatkan keadilan dan reaksi tepat para penguatkuasa.   Setiap laporan sepatutnya memadai sebagai  asas tindakan penguatkuasaan.

Kerajaan Negeri Selangor ingin melakukan semaksima mungkin usaha-usaha pencegahan, perlindungan dan pendakwaan bagi menangani jenayah keganasan terhadap wanita.   Ia memerlukan kerjasama erat kerajaan persekutuan secara tersusun dan sistematik (Kenyataan Media saya bertarikh 26 Julai 2012 adalah dirujuk).   Kelekehan dan kegagalannya akan meletakkan rakyat, khususnya wanita dalam keadaan tertekan dan tidak selamat.

 

Rodziah Ismail

Merangkap ADUN Batu Tiga

Timbalan Ketua Wanita Pusat

dan Ketua Wanita Selangor

Parti Keadilan Rakyat

_______________________________________________________________________________

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi:
Media Rodziah Ismail, Tel.03-55447622, emel: media.rodziahismail@gmail.com

Kembali kepada Fitrah Insan, Selamat Menyambut Hari Raya Ei’dul Fitr 1434H/2013M

6 Aug

Selamat Hari Raya Ei'dulfitr

Perutusan Hari Raya Ei’dulfitr 1434H/2013M

Pengerusi

Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor

EXCO Kerajaan Negeri Selangor,

Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail

 

5 Ogos 2013 

Kerajaan dan Rakyat Saling Melengkapi

Usaha dan Amanah Mensejahtera Rakyat

Amatlah buruk padahnya jika tiada mawaddah dan rahmah (belas kasihan dan kasih sayang) di kalangan rakyat dan kerajaan yang memimpin mereka.   Kemuncaknya adalah anarki seperti yang sedang berlaku di beberapa negara di dunia; keadaan tidak terkawal dan manusia saling mencederakan dan berbunuh sesama sendiri.

Kekontangan mawaddah dan rahmah itu boleh juga diperhatikan daripada bencana-bencana yang berlaku hasil kecuaian yang disengajakan oleh tangan-tangan manusia durjana – bangunan runtuh, tanah runtuh, banjir-banjir kilat di merata-rata tempat sekoyong-koyong tiba hujan lebat, jenayah berat yang berleluasa, pemerdagangan manusia tanpa halangan, korupsi yang menjadi budaya, kekayaan negara yang tiada diketahui bagaimana ia disalur dan dibelanjakan, yang lemah tiada tempat mengadu dan tiada mendapat keadilan serta seribu satu macam lagi insiden – kesemuanya membuatkan insan berasa tidak selamat dan aman, kerana golongan durjana itu yang berasa selamat dan aman melaksanakan segala bentuk kedurjanaan dan tiada siapa yang akan mengganggu-gugat mereka.

Apakah jalan terbaik untuk memenuhi fitrah insan – itulah roh dan intipati sambutan Hari Raya Ei’dulfitr yang disambut saban tahun oleh umat Islam dan diketahui umum oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama? Eidulfitr ialah Hari Fitrah.

Fitrah insan merangkumi jasad, spiritual, mental, emosi dan unsur-unsur lain yang melengkapkan insan untuk berupaya mengembangkan potensinya sebagai insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negaranya, bahkan kepada umat manusia seluruhnya.

Maka rakyat dan kerajaan perlulah kembali kepada fitrah kejadian dan kewujudannya untuk memelihara kesejahteraan fitrah insan dan memenuhi keperluannya.   Segala gerakan, perancangan dan pengurusan kekayaan perlulah menggerakkan rakyat dan kerajaan untuk memenuhi keperluan insan – yang ada hak dan tanggungjawabnya.

Semoga Allah swt meredai keduanya, rakyat dan kerajaan, yang saling nasihat-menasihati untuk tidak berbuat kedurjanaan, saling doa-mendoakan yang terbaik dan merealiti pelan-pelan yang didokumentasikan kemas, agar fitrah insan itu boleh menghasilkan yang terbaik untuk manusia sejagat.

Kembali kepada Fitrah Insan,

Selamat Menyambut Hari Raya Ei’dul Fitr 1434H/2013M

 

Rodziah Ismail

Merangkap Timbalan Ketua Wanita Pusat dan Ketua Wanita Selangor

Parti Keadilan Rakyat

—————————————————————————————————————–

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi:
Media Rodziah Ismail, Tel.03-55447622, emel: media.rodziahismail@gmail.com

Keluarga Pendapatan Bawah RM 3,000 Boleh Terima Skim MES

26 Jul

 

rodziah-bubur-lambuk-dengkil-01

DENGKIL, 25 JULAI: Keluarga yang berpendapatan RM 3,000 dan bawah akan mula menikmati skim-skim di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti bantuan yuran taska, tadika dan hadiah anak masuk universiti.

 

Dasar memperluaskan kelayakan menerima bantuan MES ini bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dari kemakmuran ekonomi Selangor, kata Exco Kebajikan, Rodziah Ismail.

 

Sebelum ini, kebanyakkan program MES hanya untuk keluarga yang pendapatan isi rumahnya RM 1,500 dan ke bawah.

 

“Sekarang kita sedang melihat untuk membantu golongan menengah rendah pula. Kita naikkan sedikit tumpuan kita kepada mereka yang berpendapatan RM 3,000 ke bawah pula.

 

“Maknanya, kita tengok satu lapisan masyarakat lagi bagaimana kita nak bantu supaya akhirnya kita tengok pendapatan rakyat Selangor melebihi RM 1,500.

 

“Sekarang kita sedang kaji semula beberapa polisi, contohnya macam hadiah IPTA, kalau dahulu hadiah IPTA kita bagi kepada yang berpendapatan RM 1,500 ke bawah, sekarang kita meletakkan supaya RM 3,000 ke bawah juga layak dapat.

 

“Juga dengan skim Si KEMBAR, TUNAS juga kita akan berikan sasaran RM 2,500 ke bawah, ada yang RM 3,000 ke bawah lihat kepada keperluan keluarga.”

 

rodziah bubur lambuk dengkil 02Demikian kata Rodziah ketika ditemui dalam Program Jejak Amal Ramadhan Bersama Exco Kebajikan Negeri Selangor di Kampung Bukit Changgang di sini petang semalam.

 

Selepas berjaya mentadbir Selangor selepas Pilihanraya Umum ke 12 lalu, Kerajaan PR Selangor mula memperkenalkan pelbagai skim di bawah agenda MES yang kini mempunyai sebanyak 16 skim.

 

Antara skim bantuan yang diperkenalkan  termasuklah Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR), Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Air Percuma dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

 

Sementara itu, dalam program semalam, sebanyak 500 bungkus bubur lambuk dan kurma diagihkan kepada pengunjung Bazar Ramadhan Kampung Bukit Changgang.

 

http://www.selangorku.com/?p=31996

 

Selangor negeri pertama 30% ahli majlis wanita

26 Jul

 

Harakahdaily, 26 Jul 2013

 

KUALA LUMPUR: Menyusuli pelaksanaannya di peringkat Exco selama dua penggal berturut-turut, ketetapan terkini Kerajaan Selangor pula mensyaratkan setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus ahli majlis di kalangan wanita untuk penggal akan datang.

“Ia merupakan salah satu kriteria yang diperlukan pada pemilihan ahli majlis PBT yang akan bermula pada 1 Januari 2014,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Rodziah Ismail.

Katanya, ketetapan yang diangkat dari Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pemilihan Ahli Majlis itu telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 24 Julai lalu.

Beliau berkata, tentunya dasar itu menjadi petanda yang utuh bagi memastikan kecemerlangan dalam penggemblengan sumber manusia yang bertebaran di bumi Selangor.

Katanya, kehadiran suara wanita yang berkelayakan akan menambah kegemilangan Selangor untuk mencapai visi menjadikan Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.

Beliau menambah, wanita dan lelaki yang penuh bersemangat (passionate), berdedikasi, komitted dan istiqamah dalam hasrat supaya rakyat sentiasa sejahtera, adalah pasangan yang mantap dan menjadi kesayangan rakyat serta tempat rakyat meletakkan sepenuh harapan.

“Wanita Selangor yang layak kini tiada alasan untuk maju ke hadapan dalam mengisi ruang kepimpinan sebagai ahli majlis di pihak berkuasa tempatan,” ujarnya yang juga Adun Batu Tiga.

Rodziah berkata, proses pemilihan wajarlah berasaskan kelayakan, yang meliputi pengetahuan dalam bidang pentadbiran, undang-undang yang berkaitan, pengolahan bajet dan isu-isu berkaitan rakyat.

 

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21022-selangor-negeri-pertama-30-ahli-majlis-wanita-

Rodziah Ismail: Kemudahan Pemeriksaan Kesihatan Percuma

8 Jul

YB RODZAH ISMAIL MENJAWAB SOALAN DI DUN SELANGOR 8 JULAI 2013

Pertanyaan Mulut Y.B. Tuan Haji Sulaiman Bin Haji Abdul Razak (Permatang)

TAJUKKEMUDAHAN KESIHATAN

Manifesto Pakatan PRU-13 untuk kemudahan kesihatan antaranya pemeriksaan kanser percuma untuk wanita dan penubuhan Tabung Dialisis Rakyat Selangor.

Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar :

a)         Bagaimana kaedah pelaksanaan kemudahan kesihatan ini?

b)         Berapakah sasaran mereka yang dapat menikmatinya?  

 

JAWAPAN oleh Y.B. RODZIAH ISMAIL:

Nota : Jawapan bagi pemeriksaan kanser percuma untuk wanita akan dijawab oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita.

Berikut adalah jawpannya:

a)              Skim Kesihatan Wanita (SKW) menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun keatas atau wanita yang berumur kurang dari itu yang menghadapi risiko penyakit kanser yang tinggi atau keluarga yang mempunyai sejarah mengidap penyakit kanser.   Mereka dikehendaki untuk mengisi borang-borang khas yang diedarkan di pusat-pusat khidmat dan ketua-ketua kampung.

Wanita yang layak dibawa secara percuma dengan pengangkutan khas ke lokasi di mana mereka akan diberi penerangan mengenai kesihatan penjagaan dan prosedur pemeriksaan percuma kanser payu dara dan bagaimana kaedah pemeriksaannya boleh juga diamalkan sendiri secara manual di rumah.   Hasil pemeriksaan akan segera dimaklumkan kepada para wanita yang telah menjalani pemeriksaan tersebut.

Wanita yang didiagnosis menghidap kanser akan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital-hospital sama ada kerajaan atau pun swasta.

Kerajaan Negeri telah melancarkan Skim Kesihatan Wanita di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setiap tahun bertujuan membantu kaum wanita membuat pemeriksaan kanser payudara (mammogram) secara percuma; 10 ribu wanita setahun dijangka akan menikmati kemudahan ini selanjutnya. Berikut adalah statistik penerima manafaat Skim Kesihatan Wanita Negeri Selangor:-

SILA RUJUK LINK BERIKUT:

YB RODZAH ISMAIL MENJAWAB SOALAN DI DUN SELANGOR 8 JULAI 2013

 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi:
Media Rodziah Ismail, Tel.03-55447622, emel: media.rodziahismail@gmail.com

 

Pameran Kartunis di Seksyen 17 Shah Alam. SEMUA DIJEMPUT HADIR

4 Jul

LEAFLET DRAFT2

 

 

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Bunting-1 DRAFT

LAPORAN DAKWAAN PENDERAAN SEKSUAL TERHADAP WANITA KAUM PENAN DI SARAWAK

16 Jun

LAPORAN JAWATANKUASA BERTINDAK PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI MENYIASAT DAKWAAN PENDERAAN SEKSUAL TERHADAP WANITA KAUM PENAN DI SARAWAK

Klik di sini: Laporan Kementerian Pembangunan Wanita Malaysia 2008

Tabung Amal Bantu Penduduk Palestin Sempena Ramadan Dilancar

3 Jun

 

AFEEQA AFEERA

aqsa2

Selangorku.com

SHAH ALAM, 3 JUN : Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Aqsa Syarif Berhad melancarkan tabung kutipan dana untuk disumbangkan kepada penduduk di Palestin sebagai persedian sambutan Ramadan pada Julai nanti.

Timbalan Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Dr Fauziah Mohd Hasan berkata, sumbangan itu nanti akan diberikan dalam bentuk makanan dan keperluan harian, di mana nilainya adalah RM150 setiap satu keluarga.

Menurutnya, sumbangan itu akan disasarkan kepada golongan wanita dan ibu tunggal yang menjadi tulang belakang keluarga supaya dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban serta membantu penduduk di sana walaupun nilanya tidaklah begitu besar,” katanya sempena program Women March for Palestinian Women and Children di tapak Bazarena, pekarangan Stadium Malawati di sini.

Beliau turut mengalu-alukan seluruh rakyat untuk membuat sumbangan ikhlas selain menyertai upacara menandatangani petisyen sebagai bantahan terhadap keganasan rejim zionis Israel.

Katanya, petisyen itu nanti akan diserahkan kepada United Nation Human Rights Chapter dan Kerajaan Israel untuk memberi tekanan kepada mereka.aqsa3

Sementara itu, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail menyambut baik usaha Aqsa Syarif yang memberi komitmen tehadap pembelaan wanita di Palestin yang kebanyakannya masih menjadi tahanan di penjara Israel.

Jelasnya, penubuhan Pusat Wanita Berdaya (PWB) yang dilancarkan Kerajaan Negeri Selangor juga telah menjadi inspirasi buat pimpinan Palestin untuk membina dua buah pusat komuniti di negara itu khusus bagi pengedaran makanan secara percuma kepada penduduk.

“Dalam satu lawatan pimpinan Palestin tahun lalu, mereka telah mengangkat beberapa program PWB untuk dibawa ke sana khusus untuk penyediaan makanan secara berkebajikan.

“Projek ini memerlukan sedikit dana, maka saya ingin menyeru kepada semua rakyat Selangor untuk memberikan sedikit sumbangan supaya projek ini dapat dimulakan sempena Ramadan akan datang,” katanya.aqsa

Selain melancarkan tabung amal, pertubuhan itu juga turut membuat tarian ‘flashmob’ dengan disertai kira-kira 30 peserta di tapak bazar sebagai simbolik membantah kekejaman Israel.

 

Selangor buktikan misi pemberdayaan wanita berjaya – Rodziah

1 Jun

Kenyataan Media

Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat,

YB Rodziah Ismail,

Merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor

(Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor) &

ADUN Batu Tiga, Selangor

1 Jun 2013

Misi Pemberdayaan Wanita Malaysia

terpancar dalam Barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor 2013-2018

100% peruntukan anggota EXCO Kerajaan Negeri Selangor dari Parti Keadilan Rakyat adalah wanita; saya, Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi.   Ia bukanlah merupakan suatu kebetulan atau tanpa sebarang pertimbangan dan perancangan awalan yang wajar untuk  menyerlahkan komposisi wanita dalam barisan EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Agenda Pemberdayaan Wanita telah diutarakan dan diterima dalam Kongres Wanita Nasional Parti Keadilan Rakyat pada 25 Mei 2007.   Dasar itu diterjemahkan sebaik Pakatan Rakyat, yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat, mengambilalih pentadbiran negeri Selangor dengan 40% daripada barisan EXCO dan Timbalan Speaker adalah wanita pada tahun 2008.

Parti Keadilan Rakyat adalah parti pertama di Malaysia yg meletakkan peraturan minimum 30% wanita dalam kedudukan kepimpinan di semua peringkat parti dalam Kongres Khasnya pada 13 Jun 2009.

Misi pemberdayaan wanita Malaysia diteruskan menerusi mekanisme/model yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor, antaranya ialah Pusat Wanita Berdaya (PWB), di mana pemberdayaan dalam bidang politik dan pembuatan keputusan menjadi antara agenda utamanya.

Beberapa usaha termasuk memberi laluan kepada wanita menduduki posisi dalam barisan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan ketua kampung menjadi sebahagian dari persediaan untuk wanita dalam kedudukan pembuatan keputusan yang lebih tinggi.

Selain kriteria merit, laluan diberi juga di atas dasar memenuhi kuota walaupun individu wanita terpilih tidak pernah sebelum ini memegang jawatan yang ditawarkan.   Ia adalah medan latihan yang paling praktikal dan ampuh dalam membina ilmu dan kemahiran dalam proses-proses membuat keputusan yang melibatkan bukan saja kemahiran berinteraksi dengan masyarakat tetapi juga pengetahuan mengenai sistem pentadbiran di berbagai peringkat dalam pentadbiran negeri, peraturan dan undang-undang serta dokumentasi yang sempurna.   Seorang bekas Ahli Majlis dan Ketua Kampung wanita serta bekas penyelaras PWB telah dicalonkan dan menang dalam PRU-13.   Selain itu, Selangor juga mempunyai seorang YDP wanita dan Dato’ Bandar wanita pertama di Malaysia untuk menerajui Pihak Berkuasa Tempatan.

Wanita Parti Keadilan Rakyat telah membuktikan komitmen dan kesungguhan yang berterusan dalam menjayakan misi pemberdayaan wanita Malaysia dalam bidang legislatif, politik dan pembuatan keputusan.   Ia telah mencalonkan tigapuluh calon wanita dalam PRU-13 lalu; sebelas untuk kerusi Parlimen dan sembilanbelas kerusi Dun, peningkatan 25% berbanding bilangan 24 dalam PRU-12 2008.

Bagi penggal kedua Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, Exco Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor tetap diterajui oleh Exco dari Parti Keadilan Rakyat. Dengan kerjasama erat rakan-rakan Exco yang lain, ia tentunya memberi kesinambungan yang mantap bagi memastikan misi pemberdayaan wanita diberi lonjakkan yang sewajarnya ke arah meningkatkan kedudukan dan kualiti hidup wanita, khususnya di negeri Selangor.

Saya dan rakan-rakan sepasukan mengucapkan terimakasih di atas kepercayaan ini, ia adalah hadiah kepada wanita Malaysia kerana amalan hormat wanita benar-benar dapat di lihat dalam kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor.

Wanita berdaya Negera Sejahtera.

Rodziah Ismail

 

Untuk sebarang pertanyaan di atas, sila hubungi: pusatmediawanitaselangor@gmail.com