16 Aug

Kenyataan Media

Pengerusi

Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor

EXCO Kerajaan Negeri Selangor,

Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail

Usaha selari advokasi gender (yang melibatkan juga usaha memahami sensitiviti maskuliniti dan kelelakian, masculinity and manhood), perlindungan dan pendakwaan  juga akan diberi tumpuan bagi menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap wanita.

Usaha selari advokasi gender (yang melibatkan juga usaha memahami sensitiviti maskuliniti dan kelelakian, masculinity and manhood), perlindungan dan pendakwaan juga akan diberi tumpuan bagi menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap wanita.

16 Ogos 2013 

Lelaki Prihatin Boleh Hapuskan Keganasan Terhadap Wanita

Lelaki yang bertanggungjawab dan peka tentang hak wanita dan undang-undang telah banyak membantu wanita, anugerah Tuhan yang istimewa, mendapat pembelaan dan keadilan dalam keadaan mereka dicerca, didiskriminasi, didera dan diganasi secara mental, fizikal, emosi dan seksual.   Sejarah tamadun manusia telah membuktikannya.

Kes video yang mempamerkan wanita dipukul semahunya oleh suami  menjadi isu hangat kini. Video yang telah disebarluaskan melalui media sosial oleh anggota keluarga lelaki mangsa adalah contoh terbaik yang menunjukkan rasa tanggungjawab para lelaki yang peka dan prihatin, bagi memastikan wanita-wanita di bawah perlindungan mereka mendapat keadilan dan sama sekali tidak diperlakukan sewenangnya oleh lelaki yang telah  kehilangan pedoman dan sengaja ingin mencedera dan merosakkan kehidupan wanita. Lebih malang, lagi lelaki itulah yang telah diamanahkan melindungi wanita tersebut tetapi telah  berbuat sebaliknya.

Video yang menjadi viral itu telah mendapat reaksi dari pihak berkuasa seperti yang diharapkan.

Pengajaran dalam kehidupan yang dibentuk oleh kepercayaan bahawa insan itu dicipta oleh Allah Yang Maha Esa menjelaskan bahawa walau apapun kesalahan isteri itu, beliau tidak patut diganasi dan disakiti dengan apa cara sekalipun, sementelahan pula jika tiada apa kesalahan yang telah dilakukan.

Apakah solusi kepada gejala sosial sedemikian dalam masyarakat kini, yang sedang meningkat dan boleh menjadi kelaziman?

Ia bukan soalan yang mudah dijawab, tetapi tidak pula mustahil dijawab dan dilaksanakan sebaik mungkin.   Kesungguhan melaksanakannya sebahagian besarnya terletak kepada kuasa yang mampu menggerakkan segala jentera dan anggota yang beramanah untuk melaksanakannya. Kerajaan persekutuan didesak supaya menghentikan sebarang diskriminasi dalam memaksimakan penggemblengan anggota penguatkuasaan undang-undang bagi menangani segala bentuk keganasan terhadap insan khususnya wanita di negeri Selangor.

Sementara menunggu keputusan dan tindakan kerajaan persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor telah merancang untuk menggerakkan polis komuniti dan meletakkan alat pengawasan (CCTV) sebagai langkah memelihara keselamatan rakyat di kawasan-kawasan yang releven.   Disamping itu kerajaan Negeri Selangor juga akan memperhebatkan advokasi (RM500 ribu telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut) mengenai Pusat Krisis Sehenti (OSCC) dan mempertingkatkan perkhidmatannya untuk mangsa keganasan  serta menambah pusat-pusat perlindungan dengan kerjasama LPHS.   Usaha selari advokasi gender (yang melibatkan juga usaha memahami sensitiviti maskuliniti dan kelelakian, masculinity and manhood), perlindungan dan pendakwaan  juga akan diberi tumpuan bagi menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap wanita.   Kerajaan Selangor sedang berusaha memulakan kempen Lelaki Menentang Keganasan terhadap Wanita (Men Anti-Violence Against Women).

Wajarnya isu keganasan terhadap wanita ini tidak perlu disensasikan  bagi mendapatkan keadilan dan reaksi tepat para penguatkuasa.   Setiap laporan sepatutnya memadai sebagai  asas tindakan penguatkuasaan.

Kerajaan Negeri Selangor ingin melakukan semaksima mungkin usaha-usaha pencegahan, perlindungan dan pendakwaan bagi menangani jenayah keganasan terhadap wanita.   Ia memerlukan kerjasama erat kerajaan persekutuan secara tersusun dan sistematik (Kenyataan Media saya bertarikh 26 Julai 2012 adalah dirujuk).   Kelekehan dan kegagalannya akan meletakkan rakyat, khususnya wanita dalam keadaan tertekan dan tidak selamat.

 

Rodziah Ismail

Merangkap ADUN Batu Tiga

Timbalan Ketua Wanita Pusat

dan Ketua Wanita Selangor

Parti Keadilan Rakyat

_______________________________________________________________________________

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi:
Media Rodziah Ismail, Tel.03-55447622, emel: media.rodziahismail@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 222 other followers

%d bloggers like this: